Sunday, 21 December 2014


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum dan Hai :)



BANDAR BERSIH PENDUDUK SIHAT



PENGHARGAAN
Alhamdullilah, Syukur ke hadrat ALLAH SWT ke atas limpah kurnia-NYA maka saya dapat menyiap dan menyempurnakan hasil kajian ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, Tuan Pengetua iaitu Pn. Hajah Zah Binti Mohamad kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini dengan baik. Terima kasih tidak terhingga kepada guru Seni Visual saya iaitu Pn. Azizah Binti Abu Hassan yang tidak pernah jemu membantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini berlangsung. Bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh kajian tingkatan enam ini tidak akan saya lupakan. Di samping itu tidak ketinggalan juga terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberikan sokongan dan batuan dalam menyiapkan kajian ini. Yang terakhir ialah kawan-kawan saya yang sanggup bersusah payah untuk saya sepanjang kajian terima kasih.

PENGENALAN
            Majlis Pelajaran Malaysia (MPM) telah mewajibkan pelajar-pelajar tingkatan enam yang mengambil subjek seni visual agar menghasilkan kerja kursus seni visual. Dalam menghasilkan kerja kursus ini saya telah diberi dua pilihan iaitu soalan 1 dalam bidang pengkaryaan dan soalan 2 dalam bidang perekaan. Saya telah memilih soalan 1 yang mengetengahkan tema ‘Bandar Bersih Penduduk Sihat’sebagai hasil pengkaryaan saya.

PENYATAAN PERMASALAH KAJIAN
            Jawatankuasa Perbandaran Tempatan akan mengadakan sambutan ulang tahuN perbandaran dengan bertemakan ‘Bandar Bersih Penduduk Sihat’. Satu daripada aktiviti perayaan sambutan adalah mengadakan aktiviti pameran seni visual. Sebagai seorang peserta, saya telah dikehendaki membuat satu analisis tentang tema tersebut bagi menghasilkan karya yang sesuai untuk pameran itu.
            Definisi bandar ialah tempat atau pusat yang ramai penduduknya. Selain itu, terdapat banyak urusan dan perniagaan yang dijalankan di situ. Manakala perbandaran pula membawa makna menjadikan sesuatu daerah dan penduduknya berubah kepda corak baru iaitu kearah perbandaran seperti perindustrian, pembangunan dan urbanisasi.
            Bersih pula bererti tidak kotor. Bersih boleh di klasfikasikan sebagai bebas daripada pencemaran udara dan tiada undur yang menganggu kesihatan. Di samping itu, bersih juga boleh membawa makna lain seperi suci daripada perkara tidak baik seta pendapatan yang telah ditolak dengan cukai hutang, kerugian dan perbelanjaan.
            Penduduk membawa maksud orang yang menduduki sesuatu kampung, daerah atau bandar. Dari pandangan pihak lain pula penduduk boleh dikatakan sebagai orang atau sesuatu kelompk yang tinggal di sesuatu tempat.
            Seterusnya, sihat pula bermakna tidak menghidapi sebarang penyakit atau sembuh daripada penyakit. Justeru, sihat juga dapat di gambarkan apabila sesuatu itu dapat berjalan dengan baik tanpa unsur yang negatif atau keburukan iaitu pendapat atau buah fikirannya.
Secara keseluruhannya, Bandar Bersih Penduduk Sihat bermaksud sebuah tempat yang bebas daripada sebarang pencemaran dan orang yang tinggal di tempat tersebut bebas daripada sebarang penyakit atau unsur negatif.

PERMASALAHAN TEMA
            Isu Bandar Bersih Penduduk Sihat yang meliput pengalaman estetik tentang petingnya keindahan alam sekitar dalam kehidupan manusia. Manusia atau penduduk di kawasan tersebut juga perlu menghargai dan menjaga kawasan sekitar yang mereka duduki samada dengan cara memelihara , memulihara dan mengekalkan unsur-unsur semulajadi daripada tercemar, rosak dan musnah akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri seperti pencemaran udara, air dan tanah.
            Dari segi pengalaman intelek pula, isu Bandar Bersih Penduduk Sihat ini membolehkan masalah ini dipaparkan samada secara kesan positif dan negatif dalam penghasilan karya catan dengan mengambil kira kebersihan bandar dan tahap kesihatan penduduk di kawasan tersebut.
Hal ini timbul dengan adanya pendedahan media massa iaitu media elektronik dan media cetak yang memaparkan masalah pencemaran yang kerap berlaku di bandar-bandar  yang akhirnya memberi kesan buruk pada kehidupan penduduk sekitar. Begitu juga buku-buku akademik yang membncangkan tajuk-tajuk pencemaran ang memberi kesan negatif kepada kehidupan. Jika bandar menjadi kotor dan tercemar sudah pasti penduduk akan menjadi sakit dan tidak sihat. Sehubungan itu, nilai-nilai kesedaran perlu diterapkan dalam kalangan prnduduk.

PENENTUAN TEMA
            Saya memilih tema ini kerana ingin mengetahui dan mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejauh mana kebersihan bandar ini terhadap tahap kesihatan penduduknya. Saya juga ingin memberi kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya kebersihan kepada diri kita, alam sekitar dan ekonomi negara.
            Dalam tema ini saya ini menyatakan ia dari sudut sosial. Dari sudut ini saya ingin mengambarkan aktiviti sosial yang dilakukan penduduk seperti beriadah, bersiar-siar dan sebagainya dapat memberikan banyak faedah terutama sekali kepada kebersihan bandar dan kesihatan diri mereka. Aktiviti ini sangat penting untuk dilakukan bagi melestarikan kehidupan. Malahan pemakanan yang seimbang juga turut digambarkan.

PERANAN MAJLIS PERBANDARAN
Majlis Perbandaran bertindak menjaga segala bentuk kepentingan peduduk di dalam kawasan pentadbirannya. Ini apat diihat daripada fungsi Majlis Perbandaran iaitu:
  1. Memastikan keselesaan penduduk di kawasan tersebut melalui penjagaan kebersihan kawasan sekitar.
  2. Merancang dan melaksanakan proses pembangunan bandar secara teratur sistematik berdasarkan kepada Rancangan Tempatan.
  3. Memastikan tahap kebersihan yang tinggi terhadap persekitaran dan premis melalui perkhidmatan yang diberikan serta kawalan dan penguatkuasaan Undang-Undang.
  4. Mengawal aktiviti pembinaan dan perniagaan yang dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  5. Menyediakan kemudahan ruangniaga, infrastruktur awam dan kemudahan sosial bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta.
  6. Memastikan kutipan hasil dan perbelanjaan diurus dengan cekap dan berkesan.

Terdapat pelbagai peruntukkan dan belanjawan yang telah disediakan antara sejumlah RM733,700 disediakan bagi melaksanakan program Kebersihan Awam termasuklah perbekalan peralatan dan bahan kimia untuk kawalan vektor, perbekalan peralatan dan kelengkapan bagi kawalan mutu keselamatan makanan, program dan kempen kebersihan termasuklah Kempen Tandas Bersih serta promosi dan latihan berterusan mengenai kebersihan dan kesihatan persekitaran.
Selain itu, terdapat beberapa akta yang telah digubal berkaitan dengan bandar bersih penduduk sihat ini seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Keterangan, 1950 (Akta 56), Akta Kontrak 1950 (Akta 136), dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

KESAN ‘BANDAR BERSIH PENDUDUK SIHAT’
            Dengan adanya persekitaran bandar yang bersih dan penduduk yang sihat di Malaysia orang ramai akan mendapat pelbagai faedah tidak kira kepada individu, ekonomi mahupun negara. Pelancong-pelancong dari luar akan tetarik untuk datang ke negara kita apabila dilihat bersih dan selesa bagi mereka. Dengan itu imej bandar dan negara kita menjadi baik dan disegani di mata dunia.

PENENTUAN KONSEP DAN SUBJEK MATTER
            Konsep catan yang saya akan hasilkan adalah dari sudut positif. Hal ini kerana konsep yang positif akan menimbulkan suasana yang ceria dan harmoni. Malahan, karya tersebut akan dihasilkan mengikut konsep moden. Konsep meden dan terkini akan dapat menarik minat orang ramai.
            Dari segi subjek matter atau hal benda, keadaan bandar bersih akan digambarkan dengan adanya figura manusia yang sihat, pokok-pokok yang segar supaya ia menampakkan keharmonian catan tersebut. Malahan, penduduk sihat pula dapat digambarkan dengan memasukkan hal benda seperti figura manusia yang sedang bersenam ataupun bersiar-siar dengan keluarga di taman.

TOKOH RUJUKAN

 TAJUIK KARYA : REZEKI
PENGKARYA : CHANG FEE MING
MEDIA : WATER COLOUR

            Saya telah memilih karya Chang Fee Ming sebagai rujukan dalam penghasilan karya saya. Chang Fee Ming mengunakan cat air sebagai media dalam penghasilan karya ‘Rezeki’ beliau. Saya tertarik untuk mengaplikasikan penggunaan cat air di dalam penghasilan karya saya kerana cat air lebih mudah untuk digunakan dalam menghasilkan satu karya yang baik. Selain itu, beliau turut menggunakan teknik basah atas kering dalam menghasilkan karya tersebut. Teknik ini dilihat lebih mudah untuk dilakukan. Di samping itu, saya juga ingin menggunakan warna-warna ceria dan harmoni di dalam karya saya seperti Chang Fee Ming lakukan dalam karya di bawah.

MEDIA DAN TEKNIK
            Dalam menghasilkan karya Bandar Bersih Penduduk Sihat ini saya telah menggunakan beberapa media. Antara media yang banyak di aplikasikan dalam karya ini ialah media cat air. Hal ini kerana cat air lebih mudah untuk digunakan daripada cat-cat lain. Malahan media seperti pewarna batik, peluntur, cat poster, pewarna kuih, marker pen dan pensil warna turut digunakan untuk mempelbagaikan media. Selain itu, teknik seperti basah atas basah juga digunakan dalam karya ini. Disamping itu, teknik basah atas kering dan teknik titik juga tidak ketinggalan digunakan.

KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN
            Saya menjalankan kajian ini untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat secara umum. Hasil projek ini juga bertujuan untuk mendorong masyarakat agar melestarikan alam dan manusia itu sendiri. Kesedaran untuk menjaga kebesihan bandar sangat penting kepada masyarakat supaya mendapat kesihatan yang baik dan berkekalan bersesuaian dengan tema ‘Bandar Bersih Penduduk Sihat’.
            Kajian ini juga adalah asli daripada saya dengan merujuk kepada beberapa sumber untuk menghasilkan satu projek seni visual yang menyerlah dan menarik orang ramai.

LOKASI KAJIAN
            Lokasi kajian saya bertempat di sekitar bandar Kuala Terengganu. Saya ingin mengambarkan tentang situasi penduduk di Kuala Terengganu. Sebuah bandar yang bersih dapat melahirkan rakyat yang sihat dan harmoni. Oleh itu, saya telah meluahkan tentang permandangan dan situasi di bandar Kuala Terengganu dalam hasil karya saya di bawah.


KRITIKAN KARYA



TEMA : BANDAR BERSIH PENDUDUK SIHAT.
TAJUK : SENYUM-SENYUM.
PENGKARYA : NUR SYAFIQAH NADHIRAH BT MOHD AZA.
MEDIA : CAT AIR, CAT POSTER, PEWARNA KUIH, PELUNTUR, PEWARNA BATIK, MAKER PEN DAN PENSIL WARNA.
TEKNIK : CAMPURAN.
ALIRAN : IMPRESSIONISME.
UKURAN : 46 CM X 60 CM.

STRATEGI KRITIKAN KARYA
            Karya Senyum-senyum yang dihasilkan oleh Nur Syafiqah Nadhrah bt Mohd Aza berukuran 46 x 60 cm dengan mengunakan pelbagai jenis media dihasilkan pada tahun 2013. Dalam karya ini pengkarya mengetengahkan beberapa hal benda yang berkaitan dengan tema Bandar Bersih Rakyat Sihat yang disampaikan. Untuk diskripsi hal benda yang terdapat dalam karya ialah terdapat sebiji burger yang terbelah dua di atas pinggan dan ditengah-tengahnya terdapat beberapa buah bangunan berdiri megah. Selain itu, kelihatan juga beberapa orang figura manusia yang sedang bersiar-siar di kawasan bandar. Manakala pada bahagian atas karya pula terdapat lima biji belon yang dihiasi dengan pelbagai gambar sedang beterbangan. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula di hias cantik di sebelah kiri, kanan dan bawah karya dengan warna-warna yang menarik dan ceria.
            Pengkarya menggunakan unsur seni yang jelas kelihatan. Unsur seni yang terdapat dalam karya ialah struktur garisan yang pelbagai seperti garisan lembut, kasar dan melengkung seperti yang terdapat pada diding bangunan. Selain itu, terdapat pelbagai bentuk yang digunakan oleh pengkarya sebagaimana terdapat pada hal benda. Bagi jalinan pula, terdapat jalinan tampak berdasarkan kepada teknik tang digunakan dalam karya. Warna yang digunakan pula ialah gabungan warna sejuk dan warna panas. Hal ini kerana warna-warna tersebut memainkan peranan dalam memberikan kesan harmoni pada karya.
            Dalam analisis pula, pengkarya menggunakan prinsip seni untuk menghasilkan karya. Pengkarya menampilkan karya yang harmoni. Hal ini kerana warna yang menarik menjadikan suasana karya harmoni dan tidak terdapat unsur kontra. Di samping itu, karya tersebut turut berada dalam keadaan yang seimbang. Belon di komposisi atas karya serta burger yang terbelah dua terdapat pada kiri dan kanan karya dapat memberikan kesan semitri. Seterusnya, prinsip rekaan pelbagai turut wujud dalam karya. Ini berdasarkan kepada karya tersebut yang mempunyai objek  pelbagai saiz, jenis, sifat dan warna seperti burger, bangunan, belon dan sayur-sayuran.dengan menggabungkan kesemua hal benda dan prinsip rekaan maka wujudlah ruang iaitu ruang hadapan, tengah, dan belakang. Keadaan ini juga mewujudkan kesatuan hasil daripada gabungan tersebut.
            Untuk interpretasi, pengkarya ingin menyampaikan suasana atau perasaan pengkarya terhadap penghayat. Hal ini disampaikan menggunakan warna-warna yang dapat memainkan emosi dan perasaan penghayat. Berdasarkan warna dan bandar yang terdapat dalam karya, ia mengambarkan suasana yang ceria dan bersih di sekitar bandar tersebut. Burger, sayur-sayuran dan buah-buahan dapat menjelaskan kepada penghayat maksud bahawa pemakanan yang seimbang dan lengkap juga dapat menyihatkan tubuh badan manusia. Hal ini kerana burger merupakan hidangan sepinggan lengkap dan sayur-sayuran serta buah-buahan pula menpunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Belon-belon pula mengambarkan suasana yang ceria serta penduduk yang sihat sedang bergembira.
            Bagi pertimbangan pula, pengkarya ingin menjelaskan bahawa bandar yang bersih dapat melahirkan penduduk yang sihat. Tanpa bandar yang bersih, penduduk akan mudah mendapat penyakit. Walaubagaimanapun, pemakanan yang seimbang juga diperlukan bagi mengekalkan kesihatan seseorang itu. Oleh itu, kita seharusnya menjaga kebersihan bandar dan pemakanan kita untuk mendapatkan penduduk yang sihat.

PROSES DAN TEKNIK
                                      
  












Melukis lukisan karya akhir di atas kertas A3





        
         
Memulakan proses mewarna karya

 


 
           

Mewarna sebahagian daripada karya






Karya yang telah siap di warna



 
    
Menyapu permukaan catan dengan varnish

 


             
Karya yang telah siap

Tuesday, 2 December 2014

PENGHAYATAN UNSUR-UNSUR SENI




PENGHAYATAN UNSUR-UNSUR SENI

1.0  Pengenalan
Istilah seni yang biasa difahami seseorang ialah sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik dan menarik, kebiasaannya diciptakan dengan bakat, kecekapan atau kehandalan seseorang individu itu. Seni kebiasaannya dikaitkan dengan keindahan dan kecantikan namun ada wujud juga seni yang tidak memberikan rasa indah kepada pengamatnya. Di sinilah terletaknya daya tarikan seni itu sendiri dalam keupayaan dan kebolehannya untuk menimbulkan pelbagai rasa, tafsiran, fikiran dan persoalan.
      Panduan nilai dalam aplikasi Pendidikan Seni yang berdasarkan keindahan merupakan sebahagian dari ciptaan Tuhan. Kesedaran terhadap kekuasaan Tuhan yang menciptakan segala isi dunia dengan keindahan dapat dihayati dan diselami dengan pelbagai cara. Pemilihan subjek iaitu alam atau landskap yang indah  untuk dikongsi bersama dalam lukisan menunjukkan sifat Tuhan yang berkuasa dan tidak dapat ditandingi manusia. Nilai ini haruslah diserapkan dalam diri pelajar supaya pembelajarannya mempunyai landasan yang betul. Setiap keindahan merupakan seni yang baik.
      Aplikasi unsur seni dijalankan dengan percubaan dan interpretasi terhadap bahan-bahan seni yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah, menggambarkan kefahaman, tujuan, idea, konsep dan memperkembangkan gaya serta pernyataan falsafah dan kepercayaan.
      Plato merupakan ahli falsafah pertama yang berbicara tentang seni. Menurutnya, seni ialah aktiviti berkaitan peniruan (mimesis). Peniruan berlaku hasil pemerhatian manusia terhadap alam ini hingga menimbulkan satu konsep tentang idea yang merupakan konsep asas dalam menerangkan sesuatu. Daripada idea itu berkembanglah seni dengan pemaparan usaha menghasilkan keindahan yang idealistik dan bersifat transenden. Baginya lagi, keindahan dan kecantikan terunggul tidak wujud di dunia ini, tetapi boleh dipelajari dan ditiru daripada alam dalam usaha menghasilkan keindahan yang paling sempurna. Berkembang daripada pendapat inilah tokoh-tokoh kesenian di Barat mengorak langkah dalam membicarakan kesenian dan seterusnya mencipta karya seni.
      Dalam menghasilkankan karya-karya seni penghayatan unsur-unsur seni perlu ada. Hal ini bagi memastikan karya yang dihasilkan nampak menarik dan istimewa.

2.0  Penghayatan unsur seni
Unsur-unsur seni merupakan elemen asas dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Unsur-unsur seni juga penting untuk dikenali dan difahami oleh setiap orang yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Oleh kerana setiap karya seni yang terdapat di dunia ini biasanya mempunyai lebih daripada satu unsur seni maka semua unsur-unsur seni ini mesti difahami dan di kuasai dengan lebih mendalam oleh setiap orang yang berkaitan dengan bidang seni ini.
      Pada masa kini bidang seni berkembang dengan meluas sekali. Oleh yang demikian, munculnya pelbagai karya, teknologi baru, produk dan sebagainya yang berkaitan seni dihasilkan menguna dan menggabungkan unsur-unsur seni.
      Dalam seni reka terdapat enam unsur yang asas. Antaranya ialah garisan, warna, rupa, bentuk, jalinan dan ruang. Unsur-unsur ini merupakan asas di mana semua reka bentuk dicipta. Contohnya seperti membina rumah, bahan-bahan asas yang digunakan ialah batu bata, simen, kayu dan pasir. Tetapi bagi seni tampak pula, asas yang diguna pakai untuk menghasikan sesebuah reka bentuk ataupun karya ialah unsur-unsur seni. Walaupun sesebuah hasil karya atau hasil kerja seni tampak itu kelihatan mudah namun hasil tersebut mesti mengandungi sekurang-kurangnya dua unsur seni. Misalnya, sekeping kertas yang ditulis dengan nama seseorang, disitu kita akan perolehi dua unsur seni iaitu garisan dan ruang.

2.1  Garisan
Garisan wujud dengan semulajadi ataupun dengan buatan manusia. Garisan-garisan yang wujud semulajadi terdapat pada kulit timun, kulit kerang, badan harimau, permukaan daun dan sarang labah-labah. Garisan yang terdapat di alam semulajadi biasanya digunakan oleh manusia sebagai ilham dalam menghasilkan gubahan atau corak sesuatu benda. Dari segi seni tampak garisan merupakan tanda yang dihasilkan dilakukan melalui pergerakan, gesekan atau goresan alat lukis di atas sesuatu permukaan yang rata. Garisan dapat digunakan untuk melukis dan menulis. Chang Hoo Woon (1997) menjelaskan “Berbagai-bagai jenis alatan boleh digunakan untuk menghasilkan garisan seperti pen, kapur, pastel, pisau ukir, alatan semburan dan berus. Selain daripada ituteknik-teknik kraf tangan seperti kolaj dan cetakan juga boleh menghasilkan lukisan”.
      Unsur yang paling asas dalam seni tampak ialah garisan. Unsur garisan hampir kesemuanya berkait dengan seni tampak.
Chang Hoo Woon (1997) membahaskan:
Karya-karya seni seperti catan menggunakan garisan sebagai kerja peringkat awal. Subjek gubahan dilukis terlebih dahulu dengan pensel aiaitu salah satu media lukisan sebelum dilengkapakan dengan warna. Begitu juga halnya dengan seni arca. Sebelum sesebuah arca dibentuk, rupa bentuknya dilukiskan di atas kertas terlebih dahulu. Lakaran awal membolehkan sesuatu karya itu dihasilakn dengan lebih terancang dan kemas.
Di samping itu, garisan tidak semestinye lurus tetapi ia boleh terdiri daripada garis yang melengkung, bulat, bersudut dan beralun. Walhal, garisan juga terdapat dengan berwarna-warni selain dari berwarna hitam sahaja. Panjang dan pendek juga adalah di bolehkan dalam sesuatu garisan itu.
Selain itu, garisan mempunyai pelbagai jenis yang boleh digunakan untuk menggambarkan sesuatu bende. Sesebuah lukisan yang dihasilkan terdiri daripada gabungan beberapa jenis garisan yang berbeza. Antara jenis-jenis garisan yang terdapat dalam seni visual ialah garisan tebal, berbiji, berbulu, nipis, bertitik-titik, bergerigi, beralun, berlingkar, putus-putus, beranyam, berduri dan bergetar. 
 
Pemilihan garisan dalam menghasilkan sesuatu lukisan itu bergantung kepada sifat fizikal subjek atau bende yang hendak dihasilkan itu. Jika ingin menghsilkan lukisan permandangan di kawasan air sungai maka garisan-garisan yang kesat dan bergetar digunakan untuk menggambarkan air dan batas-batas di sekitar kawasan itu. Sekiranya pula hendak menghasilkan subjek yang bersaiz besar seperti seekor gajah, garisan-garisan yang tebal dan kasar perlu digunakan untuk menonjolkan lagi sifat fizikal gajah tersebut. Buku-buku bergambar ataupun komik banyak memaparkan contoh-contoh lukisan yang mengunakan unsur seni garisan didalamnya. Contonya seperti komik Doremon dan Naruto.
 
                 2.2 Warna
Warna merupakan perkara yang asas yang sering kita lihat setiap hari pada alam semulajadi. Warna memainkan peranan yang sangat besar didalam kehidupan kita dari segi personaliti, kebudayaan dan psikologi. Personaliti seseorang itu dapat di tonjolkan melalui warna kegemaran mereka. Orang yang sering memakai pakaian atau bende-bende yang berwarna merah jambu sering dikaitkan dengan bersifat lemah-lembut dan penyayang. Walaubagaimanapun, warna juga mempunyai peranan dalam kebudayaan. Sebagai contoh, masyarakat cina mempercayai bahawa warna merah melambangkan kemeriahan, kemewahan dan kemegahan kaum mereka. Manakala dari sudut psikologi pula, warna dapat mempengaruhi emosi kita. Apabila kita berada ditempat yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau, kita akan berasa nyaman, tenang dan segar.
Chang Hoo Woon (1997) membahaskan:
Dalam seni tampak, warna menjadikan komunikasi tampak lebih berkesan. Selain daripada menjadikan sesuatu hasil gubahan itu lebih menarik, ia juga digunakan oleh pengkaryawan untuk tujuan ekspresif. Tujuan utama teori warna dipelajar adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar memahami ciri-ciri warna dan tahu mengakplikasikan pengetahuan ini dalam aktiviti-aktiviti seni tampak.
Warna terhasil daripada cahaya. Oleh itu tanpa cahaya warna tidak akan wujud. Warna dihasilkan apabila cahaya diterbalikkan dari permukaan sesuatu objek. Kita boleh melihat gelombang-gelombang cahaya yang diterbalikkan dari objek-objek di sekeliling kita. Setiap warna mempunyai jarak gelombang yang berbeza-beza.
 
Roda warna digunakan dalam menjadikan panduan semasa melakukan kajian mengenai sifat pertalian di antara warna-warna. Kita boleh menghasilkan pelbagai jenis warna dengan hanya mengunakan campuran tiga hue warna. Roda warna yang pertama dicipta oleh Sir Isaac Newton. Beliau menyusun ketujuh-tujuh warna spektrum di dalam sebuah bulatan. Pada awal kurun ke-18, warna-warna utama telah ditemui oleh seorang rakyat Perancis yang dikenali sebagai Teori Merah, Kuning dan Biru.
Dalam seni visual terdapat pelbagai jenis warna. Jenis warna yang paling utama digelarkan sebagai warna asas ataupun warna prime. Warna ini terdiri daripada warna merah, kuning dan biru. Campuran daripada warna-warna ini dapat menghasilkan jenis-jenis warna yang lain seperti warna sekunder, warna tertier, warna penggenap dan warna harmoni. Oleh itu, dapat dilihat di sini campuran-campuran warna asas ini dapat menghasilkan berpuluh-puluh warna yang lain. Walaubagaimanapun, warna asas atau utama ini tidak dapat dihasilakn menggunakan campuran warna-warna yang lain.

                2.3 Jalinan
Jalinan ialah sifat fizikal yang terdapat pada permukaan bahan dan objek. Semua objek mempunyai jalainan pada permukaannya. Permukaan buah epal, cakera padat dan botol mempunyai sifat jalinan yang licin. Berlainan pula dengan kulit buah rambutan, buah durian, kulit kerang dan permukaan batang pokok yang bersifat kasar dan kesat. Manankala bagi kain sutera pula bersifat halus dan lembut. Nilai permukaan pada objek-objek boleh dialami dengan cara melihat, menyentuh dan merasa. 

 
Terdapat dua jenis garisan dalam seni iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh. Jalinan tampak hanya dapat dilihat sahaja dan tidak dapat dirasai oleh tangan ataupun sebarang benda. Hal ini kerana jalinan tersebut hanya bersifat ilusi namun tidak dapat dirasai. Jalinan ini kebiasaannya terdapat pada lukisan, catan, kulit buah tembikar, badan rama-rama dan sebagainya. Jalinan yang terdapat pada buah tembikar dapat dilihat oleh mata kasar namun apabila disentuh jalinan tersebut tidak dapat dirasai. Manakala jalinan sentuh pula dapat dilihat oleh mata sertai disentuh permukaannya oleh anggota badan kita. Antara contohnya ialah pohon kayu, kerang, anyaman ketupat, ukiran pada permukaan kayu dan tembikar. Corak yang ditekankan pada permukaan permukaan tembikar seperti Labu Sayong menghasilkan kesan jalinan sentuh. Jalinannya dapat dilihat dan dirasai oleh deria sentuh.

                2.4 Rupa
Rupa ialah sesuatu gambaran atau imejan ynag bersifat rata pada sesuatu permukaan. Permukaannya adalah kosong dan rupa bersifat dua dimensi. Rupa boleh dihasilkan melalui penggunaan garisan dan warna. Logo, corak dan muka taip adalah salah satu contoh-contoh seni grafik yang terdiri daripada unsur rupa. Rupa bagi logo dan corak dapat dihasilkan dengan menggunakan sebarang motif dan diubah suaikan menjadi rupa yang mudah untuk dijadikan lambang ataupun corak. Rupa muka taip pula gaya huruf yang digunakan di dalam kerja grafik seperti tulisan Roman, Arial, Gothic, Sans Serif Shaded dan Block.
 
Rupa dapat dibahagikan kepada dua jenis umum, iaitu rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik kebiasaannya boleh dilihat pada alam semula jadi ini seperti flora dan fauna. Rupa ini bersifat bebas dan tidak terikat dengan sempadan-sempadan yang tetap taupun bersudut. Oleh kerana rupa ini bersifat semula jadi maka garis-garisan tepian rupa ini kebiasaannya melengkung, bengkang-bengkok serta berlekuk-lekuk. Sebagai contoh, logo Bank Simpanan Nasional dan Bank Negara Malaysia. Rupa geometri memainkan peranan yang besar di dalam reka bentuk industri dan reka bentuk seni bina sesebuah bangunan serta lain-lain. Kebanyakkan reka bentuk bangunan serata barangan kegunaan harian adalah berasaskan kepada rupa geometri. Mesin basuh dan televisyen misalnya, mengunakan rupa segi empat dalam penghasilannya. Rupa ini yang dikatakan mempunyai sempadan-sempadan tetap.
 
Rupa juga terdapat dalam rupa positif dan negatif. Sekeping kertas itu mempunyai ruang. Apabila kita melukiskan sesuatu rupa di atas kertas lukisan, rupa itu wujud di dalam satu ruang. Sekiranya rupa itu dihitam ataupun diwarnakan maka ia dikenali sebagai rupa positif. Sebaliknya jika kawasan ruang sekeliling objek itu pula dihitam atau diwarnakan, ia dikenali sebagai rupa negatif.

3.0  Penutup
Jelaslah dalam seni ini terdapat pelbagai unsur-unsur seni. Seni begitu luas skop pengertiannya. Oleh itu, penghayatan yang baik diperlukan dalam diri setiap orang bagi mempelajari pendidikan seni visual ini.
      Kefahaman terhadap sesuatu karya seni boleh menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran dan kreativiti manusia. Kefahaman terhadap sesuatu karya seni akan membantu seseorang individu itu untuk menjana dan mencipta perkembangan ilmu seni itu ke arah yang lebih berkesan. Apatah lagi jika karya seni itu dapat difahami dengan lebih mendalam. Perkembangan yang berkaitan dengan seni semasa zaman kanak-kanak juga mempengaruhi daya intelektual individu itu sendiri ketika remaja dan dewasa.
      Joseph Chiari (1997) menjelaskan “Pengetahuan dalam pendidikan seni visual boleh membantu seseorang itu dalam mengenali suasana persekitarannya”. Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa pendidikan dan seni visual menjadi begitu penting kepada kanak-kanak dan remaja. Hal ini menjadi semakin subur dan bertambah matang apabila remaja itu meningkat ke usia dewasa.

 BIBLIOGRAFI
Chang, H.W. (1997). Teori seni tampak. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zakaria Ali. (1989). Seni dan seniman esei-esei seni halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Sabran Md Sani. (2006, Dis 30). Bukan sekadar hiasan. Harian Metro, 22.
Rathus, L.F. (2011). Understanding art (6th edition). Nwe Jersey: Wadsworth Thomson
learning.
Smith, R. (2003). The artist’s handbook (3rd edition). Washington: A Dorling Kindersley
Book.