بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalammualaikum dan Hai :)
BANDAR BERSIH PENDUDUK SIHAT
PENGHARGAAN
Alhamdullilah,
Syukur ke hadrat ALLAH SWT ke atas limpah kurnia-NYA maka saya dapat menyiap
dan menyempurnakan hasil kajian ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah, Tuan Pengetua iaitu Pn. Hajah Zah Binti Mohamad kerana
memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini dengan baik.
Terima kasih tidak terhingga kepada guru Seni Visual saya iaitu Pn. Azizah
Binti Abu Hassan yang tidak pernah jemu membantu dan memberi nasihat serta
tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini berlangsung. Bimbingan dan dorongan yang
diberikan oleh beliau sepanjang tempoh kajian tingkatan enam ini tidak akan
saya lupakan. Di samping itu tidak ketinggalan juga terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya yang memberikan sokongan dan batuan dalam
menyiapkan kajian ini. Yang terakhir ialah kawan-kawan saya yang sanggup
bersusah payah untuk saya sepanjang kajian terima kasih.
PENGENALAN
Majlis
Pelajaran Malaysia (MPM) telah mewajibkan pelajar-pelajar tingkatan enam yang
mengambil subjek seni visual agar menghasilkan kerja kursus seni visual. Dalam
menghasilkan kerja kursus ini saya telah diberi dua pilihan iaitu soalan 1
dalam bidang pengkaryaan dan soalan 2 dalam bidang perekaan. Saya telah memilih
soalan 1 yang mengetengahkan tema ‘Bandar Bersih Penduduk Sihat’sebagai hasil
pengkaryaan saya.
PENYATAAN PERMASALAH KAJIAN
Jawatankuasa
Perbandaran Tempatan akan mengadakan sambutan ulang tahuN perbandaran dengan
bertemakan ‘Bandar Bersih Penduduk Sihat’. Satu daripada aktiviti perayaan
sambutan adalah mengadakan aktiviti pameran seni visual. Sebagai seorang
peserta, saya telah dikehendaki membuat satu analisis tentang tema tersebut
bagi menghasilkan karya yang sesuai untuk pameran itu.
Definisi bandar ialah tempat atau
pusat yang ramai penduduknya. Selain itu, terdapat banyak urusan dan perniagaan
yang dijalankan di situ. Manakala perbandaran pula membawa makna menjadikan
sesuatu daerah dan penduduknya berubah kepda corak baru iaitu kearah
perbandaran seperti perindustrian, pembangunan dan urbanisasi.
Bersih pula bererti tidak kotor.
Bersih boleh di klasfikasikan sebagai bebas daripada pencemaran udara dan tiada
undur yang menganggu kesihatan. Di samping itu, bersih juga boleh membawa makna
lain seperi suci daripada perkara tidak baik seta pendapatan yang telah ditolak
dengan cukai hutang, kerugian dan perbelanjaan.
Penduduk membawa maksud orang yang
menduduki sesuatu kampung, daerah atau bandar. Dari pandangan pihak lain pula
penduduk boleh dikatakan sebagai orang atau sesuatu kelompk yang tinggal di
sesuatu tempat.
Seterusnya, sihat pula bermakna
tidak menghidapi sebarang penyakit atau sembuh daripada penyakit. Justeru,
sihat juga dapat di gambarkan apabila sesuatu itu dapat berjalan dengan baik
tanpa unsur yang negatif atau keburukan iaitu pendapat atau buah fikirannya.
Secara
keseluruhannya, Bandar Bersih Penduduk Sihat bermaksud sebuah tempat yang bebas
daripada sebarang pencemaran dan orang yang tinggal di tempat tersebut bebas
daripada sebarang penyakit atau unsur negatif.
PERMASALAHAN TEMA
Isu
Bandar Bersih Penduduk Sihat yang meliput pengalaman estetik tentang petingnya keindahan
alam sekitar dalam kehidupan manusia. Manusia atau penduduk di kawasan tersebut
juga perlu menghargai dan menjaga kawasan sekitar yang mereka duduki samada
dengan cara memelihara , memulihara dan mengekalkan unsur-unsur semulajadi
daripada tercemar, rosak dan musnah akibat daripada perbuatan manusia itu
sendiri seperti pencemaran udara, air dan tanah.
Dari segi pengalaman intelek pula,
isu Bandar Bersih Penduduk Sihat ini membolehkan masalah ini dipaparkan samada
secara kesan positif dan negatif dalam penghasilan karya catan dengan mengambil
kira kebersihan bandar dan tahap kesihatan penduduk di kawasan tersebut.
Hal
ini timbul dengan adanya pendedahan media massa iaitu media elektronik dan
media cetak yang memaparkan masalah pencemaran yang kerap berlaku di
bandar-bandar yang akhirnya memberi
kesan buruk pada kehidupan penduduk sekitar. Begitu juga buku-buku akademik
yang membncangkan tajuk-tajuk pencemaran ang memberi kesan negatif kepada
kehidupan. Jika bandar menjadi kotor dan tercemar sudah pasti penduduk akan
menjadi sakit dan tidak sihat. Sehubungan itu, nilai-nilai kesedaran perlu
diterapkan dalam kalangan prnduduk.
PENENTUAN TEMA
Saya
memilih tema ini kerana ingin mengetahui dan mengkaji dengan lebih mendalam
tentang sejauh mana kebersihan bandar ini terhadap tahap kesihatan penduduknya.
Saya juga ingin memberi kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya kebersihan
kepada diri kita, alam sekitar dan ekonomi negara.
Dalam tema ini saya ini menyatakan
ia dari sudut sosial. Dari sudut ini saya ingin mengambarkan aktiviti sosial
yang dilakukan penduduk seperti beriadah, bersiar-siar dan sebagainya dapat
memberikan banyak faedah terutama sekali kepada kebersihan bandar dan kesihatan
diri mereka. Aktiviti ini sangat penting untuk dilakukan bagi melestarikan
kehidupan. Malahan pemakanan yang seimbang juga turut digambarkan.
PERANAN MAJLIS PERBANDARAN
Majlis Perbandaran bertindak menjaga
segala bentuk kepentingan peduduk di dalam kawasan pentadbirannya. Ini apat
diihat daripada fungsi Majlis Perbandaran iaitu:
- Memastikan keselesaan penduduk di kawasan tersebut melalui penjagaan kebersihan kawasan sekitar.
- Merancang dan melaksanakan proses pembangunan bandar secara teratur sistematik berdasarkan kepada Rancangan Tempatan.
- Memastikan tahap kebersihan yang tinggi terhadap persekitaran dan premis melalui perkhidmatan yang diberikan serta kawalan dan penguatkuasaan Undang-Undang.
- Mengawal aktiviti pembinaan dan perniagaan yang dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Menyediakan kemudahan ruangniaga, infrastruktur awam dan kemudahan sosial bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta.
- Memastikan kutipan hasil dan perbelanjaan diurus dengan cekap dan berkesan.
Terdapat pelbagai peruntukkan dan belanjawan yang
telah disediakan antara sejumlah RM733,700 disediakan bagi
melaksanakan program Kebersihan Awam termasuklah perbekalan peralatan dan bahan
kimia untuk kawalan vektor, perbekalan peralatan dan kelengkapan bagi kawalan
mutu keselamatan makanan, program dan kempen kebersihan termasuklah Kempen
Tandas Bersih serta promosi dan latihan berterusan mengenai kebersihan dan
kesihatan persekitaran.
Selain
itu, terdapat beberapa akta yang telah digubal berkaitan dengan bandar bersih
penduduk sihat ini seperti Akta Jalan, Parit
dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), Akta Pengangkutan Jalan
1987 (Akta 333), Akta Keterangan, 1950 (Akta 56), Akta Kontrak 1950 (Akta 136),
dan Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171)
KESAN ‘BANDAR BERSIH PENDUDUK SIHAT’
Dengan
adanya persekitaran bandar yang bersih dan penduduk yang sihat di Malaysia
orang ramai akan mendapat pelbagai faedah tidak kira kepada individu, ekonomi
mahupun negara. Pelancong-pelancong dari luar akan tetarik untuk datang ke
negara kita apabila dilihat bersih dan selesa bagi mereka. Dengan itu imej
bandar dan negara kita menjadi baik dan disegani di mata dunia.
PENENTUAN KONSEP DAN SUBJEK MATTER
Konsep
catan yang saya akan hasilkan adalah dari sudut positif. Hal ini kerana konsep
yang positif akan menimbulkan suasana yang ceria dan harmoni. Malahan, karya
tersebut akan dihasilkan mengikut konsep moden. Konsep meden dan terkini akan
dapat menarik minat orang ramai.
Dari segi subjek matter atau hal
benda, keadaan bandar bersih akan digambarkan dengan adanya figura manusia yang
sihat, pokok-pokok yang segar supaya ia menampakkan keharmonian catan tersebut.
Malahan, penduduk sihat pula dapat digambarkan dengan memasukkan hal benda
seperti figura manusia yang sedang bersenam ataupun bersiar-siar dengan
keluarga di taman.
TOKOH RUJUKAN
TAJUIK KARYA : REZEKI
PENGKARYA
: CHANG FEE MING
MEDIA
: WATER COLOUR
Saya
telah memilih karya Chang Fee Ming sebagai rujukan dalam penghasilan karya
saya. Chang Fee Ming mengunakan cat air sebagai media dalam penghasilan karya
‘Rezeki’ beliau. Saya tertarik untuk mengaplikasikan penggunaan cat air di
dalam penghasilan karya saya kerana cat air lebih mudah untuk digunakan dalam
menghasilkan satu karya yang baik. Selain itu, beliau turut menggunakan teknik
basah atas kering dalam menghasilkan karya tersebut. Teknik ini dilihat lebih
mudah untuk dilakukan. Di samping itu, saya juga ingin menggunakan warna-warna
ceria dan harmoni di dalam karya saya seperti Chang Fee Ming lakukan dalam
karya di bawah.
MEDIA DAN TEKNIK
Dalam
menghasilkan karya Bandar Bersih Penduduk Sihat ini saya telah menggunakan
beberapa media. Antara media yang banyak di aplikasikan dalam karya ini ialah
media cat air. Hal ini kerana cat air lebih mudah untuk digunakan daripada
cat-cat lain. Malahan media seperti pewarna batik, peluntur, cat poster,
pewarna kuih, marker pen dan pensil warna turut digunakan untuk mempelbagaikan
media. Selain itu, teknik seperti basah atas basah juga digunakan dalam karya
ini. Disamping itu, teknik basah atas kering dan teknik titik juga tidak
ketinggalan digunakan.
KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN
Saya menjalankan kajian ini untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat secara umum. Hasil projek ini juga
bertujuan untuk mendorong masyarakat agar melestarikan alam dan manusia itu
sendiri. Kesedaran untuk menjaga kebesihan bandar sangat penting kepada
masyarakat supaya mendapat kesihatan yang baik dan berkekalan bersesuaian
dengan tema ‘Bandar Bersih Penduduk Sihat’.
Kajian ini juga adalah asli daripada
saya dengan merujuk kepada beberapa sumber untuk menghasilkan satu projek seni
visual yang menyerlah dan menarik orang ramai.
LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian saya bertempat di
sekitar bandar Kuala Terengganu. Saya ingin mengambarkan tentang situasi
penduduk di Kuala Terengganu. Sebuah bandar yang bersih dapat melahirkan rakyat
yang sihat dan harmoni. Oleh itu, saya telah meluahkan tentang permandangan dan
situasi di bandar Kuala Terengganu dalam hasil karya saya di bawah.
KRITIKAN
KARYA
TEMA
: BANDAR BERSIH PENDUDUK SIHAT.
TAJUK
: SENYUM-SENYUM.
PENGKARYA
: NUR SYAFIQAH NADHIRAH BT MOHD AZA.
MEDIA
: CAT AIR, CAT POSTER, PEWARNA KUIH, PELUNTUR, PEWARNA BATIK, MAKER PEN DAN
PENSIL WARNA.
TEKNIK
: CAMPURAN.
ALIRAN
: IMPRESSIONISME.
UKURAN
: 46 CM X 60 CM.
STRATEGI
KRITIKAN KARYA
Karya Senyum-senyum yang dihasilkan oleh Nur Syafiqah
Nadhrah bt Mohd Aza berukuran 46 x 60 cm dengan mengunakan pelbagai jenis media
dihasilkan pada tahun 2013. Dalam karya ini pengkarya mengetengahkan beberapa
hal benda yang berkaitan dengan tema Bandar Bersih Rakyat Sihat yang
disampaikan. Untuk diskripsi hal benda yang terdapat dalam karya ialah terdapat
sebiji burger yang terbelah dua di atas pinggan dan ditengah-tengahnya terdapat
beberapa buah bangunan berdiri megah. Selain itu, kelihatan juga beberapa orang
figura manusia yang sedang bersiar-siar di kawasan bandar. Manakala pada
bahagian atas karya pula terdapat lima biji belon yang dihiasi dengan pelbagai
gambar sedang beterbangan. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula di hias cantik di
sebelah kiri, kanan dan bawah karya dengan warna-warna yang menarik dan ceria.
Pengkarya menggunakan unsur seni yang jelas kelihatan.
Unsur seni yang terdapat dalam karya ialah struktur garisan yang pelbagai
seperti garisan lembut, kasar dan melengkung seperti yang terdapat pada diding
bangunan. Selain itu, terdapat pelbagai bentuk yang digunakan oleh pengkarya
sebagaimana terdapat pada hal benda. Bagi jalinan pula, terdapat jalinan tampak
berdasarkan kepada teknik tang digunakan dalam karya. Warna yang digunakan pula
ialah gabungan warna sejuk dan warna panas. Hal ini kerana warna-warna tersebut
memainkan peranan dalam memberikan kesan harmoni pada karya.
Dalam analisis pula, pengkarya menggunakan prinsip seni
untuk menghasilkan karya. Pengkarya menampilkan karya yang harmoni. Hal ini
kerana warna yang menarik menjadikan suasana karya harmoni dan tidak terdapat
unsur kontra. Di samping itu, karya tersebut turut berada dalam keadaan yang
seimbang. Belon di komposisi atas karya serta burger yang terbelah dua terdapat
pada kiri dan kanan karya dapat memberikan kesan semitri. Seterusnya, prinsip
rekaan pelbagai turut wujud dalam karya. Ini berdasarkan kepada karya tersebut
yang mempunyai objek pelbagai saiz,
jenis, sifat dan warna seperti burger, bangunan, belon dan sayur-sayuran.dengan
menggabungkan kesemua hal benda dan prinsip rekaan maka wujudlah ruang iaitu
ruang hadapan, tengah, dan belakang. Keadaan ini juga mewujudkan kesatuan hasil
daripada gabungan tersebut.
Untuk interpretasi, pengkarya ingin menyampaikan suasana
atau perasaan pengkarya terhadap penghayat. Hal ini disampaikan menggunakan
warna-warna yang dapat memainkan emosi dan perasaan penghayat. Berdasarkan
warna dan bandar yang terdapat dalam karya, ia mengambarkan suasana yang ceria
dan bersih di sekitar bandar tersebut. Burger, sayur-sayuran dan buah-buahan
dapat menjelaskan kepada penghayat maksud bahawa pemakanan yang seimbang dan
lengkap juga dapat menyihatkan tubuh badan manusia. Hal ini kerana burger
merupakan hidangan sepinggan lengkap dan sayur-sayuran serta buah-buahan pula
menpunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Belon-belon pula mengambarkan
suasana yang ceria serta penduduk yang sihat sedang bergembira.
Bagi pertimbangan pula, pengkarya ingin menjelaskan
bahawa bandar yang bersih dapat melahirkan penduduk yang sihat. Tanpa bandar
yang bersih, penduduk akan mudah mendapat penyakit. Walaubagaimanapun,
pemakanan yang seimbang juga diperlukan bagi mengekalkan kesihatan seseorang
itu. Oleh itu, kita seharusnya menjaga kebersihan bandar dan pemakanan kita
untuk mendapatkan penduduk yang sihat.
PROSES
DAN TEKNIK
Melukis lukisan karya akhir di atas kertas A3

Memulakan
proses mewarna karya

Mewarna sebahagian daripada karya
Karya
yang telah siap di warna

Menyapu
permukaan catan dengan varnish
Karya
yang telah siap